Sabtu, 19 April 2014

Ketahui 5 peranan Ibu Bapa Mendidik Anak Cemerlang ...

anak cemerlang, riadah bersama
Gambar Sekadar Hiasan



Secara umumnya, peranan ibu bapa dalam mendidik anak amatlah perlu dititik berat kerana anak merupakan asset anda yang paling beharga. Jika asset ini tidak di bentuk dari awal maka ia akan bertukar kepada asset yang kurang bernilai di masa hadapan.

Antara 5 Peranan Ibu Bapa dalam mendidik anak cemerlang adalah :

1. PEMAKANAN YANG SIHAT

Peranan utama ibu bapa dalam memupuk anak cemerlang adalah dengan memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang seimbang.Pemakanan yang seimbang adalah pemakanan yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, air serta serat.

Ibu bapa perlulah sentiasa menghidangkan makanan yang berzat serta bernutrisi kepada anak-anak.Selain itu, ibu bapa juga digalakkan untuk makan di rumah kerana makanan di luar, khususnya gerai-gerai makanan di sepanjang jalan yang makanannya biasa digoreng dengan penuh minyak.

2. LAKUKAN AKTIVITI BERIADAH DAN BERSENAM BERSAMA ANAK ANAK

Selain itu, peranan ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama anak-anak. Perbuatan ini bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak akan menjadi lebih erat
anak cemerlang, riadah bersama
Gambar sekadar hiasan

Aktiviti bersenam mampu mengekalkan gaya hidup sihat kerana peluh-peluh yang keluar sewaktu melakukan senaman akan keluar bersama-sama toksin badan. Kesannya, anak-anak mampu membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit.

Aktiviti senaman perlulah dilakukan sekurang-kurannya 20 minit sehari dan tiga kali seminggu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah senamrobik, berjoging, berbasikal, berenang serta mendaki bukit. Disebabkan ramai golongan ibu bapa yang bekerja, senaman ini boleh dilakukan pada awal pagi ataupun pada waktu petang selepas ibu bapa pulang dari kerja.

Untuk cadangan aktiviti senaman yang sihat dan masa yang di cadangkan adalah adalah :

- Senamrobik – 15 minit
- Berjogging – 30 minit
- Berbasikal – 30 minit

3. SENTIASA AMBIL TAHU TAHAP KESIHATAN ANAK

Antara peranan Ibu bapa juga, perlulah membawa anak-anak membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-anak menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali ataupun dua kali setahun.

Pemeriksaan kesihatan adalah penting kerana mampu mengesan sesuatu penyakit ketika masih di peringkat awal dan memudahkan pesakit menjalani rawatan dengan teknologi moden kini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

4. PERGI MELANCONG BERSAMA SAMA

Melancong juga mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dengan melancong kaum keluarga dapat beramah mesra dan bersenda gurau sambil berhibur. Ibu bapa yang sibuk bekerja serta anak-anak yang sibuk dengan urusan pelajaran dapat bertemu dan bersatu serta mengukuhkan hubungan yang kian longgar.

Dengan melancong juga kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Anak- anak terhindar daripada melakukan perkara negatif terutama pada waktu cuti sekolah seperti bercampur gaul dengan remaja yang rosak akhlak.

Ibu bapa juga dapat mengetahui aktiviti anak-anak kerana sepanjang waktu melancong, anak-anak sentiasa bersama mereka.

5. MENUNJUK TELADAN YANG BAIK TERHADAP ANAK ANAK

Ibu bapa juga haruslah menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka. Kegiatan serta aktiviti yang kurang sihat seperti merokok dan meminum arak haruslah tidak diamalkan. Hal ini demikian kerana perbuatan tidak sihat yang diamalkan oleh ibu bapa yang tidak bertanggungjawab boleh menjadi ikutan anak-anak mereka.

Jadi ibu bapa boleh di anggap sebagai role model dalam keluarga kepada anak anak.Fikirkan lah dengan lebih awal jika tidak mahu anak anak kita kearah yang tidak baik “bak kata pepatah sebelum nasi sudah menjadi bubur”.

KESIMPULAN

Kesimpulannya para ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan gaya hidup yang sihat di kalangan anak-anak mereka. Anak-anak yang sihat mampu dilahirkan jika gaya hidup sihat menjadi pegangan hidup setiap keluarga.

Sumber kredit : www.mom.my





Terima Kasih

2 ulasan:

Sihat.Cergas.Cantik.Ceria © | Template Designed By Blog Bingkisan Hati