Khamis, 24 April 2014

10 Kebaikan Teh Hijau

kebaikan teh hijau
Gambar sumber dari ehsan google


Sejak dahulu teh memang terkenal dengan kebaikan teh hijau untuk kesihatan. Dengan meminum teh hijau anda akan lebih relaks dalam menjalani aktiviti seharian.

Antara manfaat yang kita boleh perolehi dari kebaikan teh hijau ini ialah:

1. Membantu melindungi atau memperlambat pertumbuhan beberapa jenis kanser.

- Teh hijau mengandungi antioksidan yang membantu dari memperlambatkan pertumbuhan kanser. Jika anda amalkan minuman teh hijau ini sebagai minuman santai untuk keluarga, kemungkinan risiko keluarga untuk menghidap kanser adalah sedikit.

2. Mengandungi antioksidan yang kuat.

-Antioksidan merupakan zat  yang berfungsi melindungi sel dan DNA dari kerosakkan radikal bebas. Radikal bebas iaitu sebenarnya berasal dari molekul oksigen yang secara strukturnya berubah akibat dari aktiviti seharian.

3. Membantu menghilangkan stress.

- Selain itu, teh hijau juga membantu anda dalam menghilangkan penat berfikir dan stress. Minumlah teh hijau ketika ianya masih panas kerana anda boleh dapat khasiat dan manfaat darinya. Setelah minum pasti fikiran anda kembali tenang seperti sedia kala.

4. Membantu menurunan berat badan

-  Fungsi teh hijau juga membantu dalam sistem pencernaan ( saluran usus ) . Bukan sahaja berfungsi untuk menyerap kolestrol malahan juga membersihkan usus anda. Maka teh hijau ini juga sesuai di minum untuk orang yang hendak kuruskan badan.

5. Menurunkan tekanan darah.

- 50 % orang yang mengamalkan minum teh hijau ini jarang terkena penyakit darah tinggi. Kerana teh hijau membantu untuk menjaga pembuluh darah agar tidak mengecil. Selain itu, teh hijau juga menurunkan kadar kolestrol dan mencegah dari terjadinya strok.

6. Membantu menurunkan LDL “buruk” kadar kolesterol.

- LDL -bermaksud ” low density lipoprotein di sebut juga sebagai kolestrol jahat. Jika LDL anda berlebihan ianya juga akan menganggu kesihatan anda.

7. Minuman penyerap gula-membantu dalam menurunkan kadar gula dalam badan.

- Selain teh hijau menurunkan lemak dalam badan ianya juga berfungsi untuk menurunkan kadar gula dalam badan. Masa kini ramai yang mengalami masalah obesiti mengamalkan minuman teh hijau setelah mengetahui akan manfaatnya kepada kesihatan.

8. Meningkatkan kestabilan mental.
Gambar sumber dari ehsan google


-Kemungkinan besar juga karana kandungan kafein yang terkandung didalamnya membantu dalam menstabilkan mental supaya tenang sentiasa.

9. Melindungi kulit terbakar dari matahari.

- Selain itu, ia juga  mengandung anti-penuaan . Sekumpulan pelajar menemui bahawa mereka yang minum dua cawan atau lebih sehari memiliki risiko 65 %  lebih rendah dari terkena kanser kulit.

10. Mencegah kerosakan pada sel otak 

- Kelebihannya juga mampu memulihkan semula sel yang rosak tersebut daripada otak. Hal ini juga mengambil masa sedikit jika anda hanya bergantung kepada manfaat teh hijau. Jika ada sebarang masalah sila rujuk terus kepada doktor untuk nasihat yang lebih lanjut.

Kebanyakkan keluarga yang mengamalkan minuman teh hijau ini biasanya lebih relaks dan santai di samping ianya membantu dalam kesihatan badan.

**Credit : Women Online Magazine
Terima Kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sihat.Cergas.Cantik.Ceria © | Template Designed By Blog Bingkisan Hati