Rabu, 16 April 2014

Ketahui punca masalah rambut gugur.

masalah rambut gugur, zink complex, saya jual shaklee, pengedar shaklee kuantan,
Rambut gugur


Masalah keguguran rambut boleh terjadi kepada siapa-siapa sahaja, tidak kira wanita mahupun lelaki. Menurut kajian, keguguran rambut tergolong dalam dua kategori iaitu keguguran normal dan tidak normal.

Sekiranya rambut anda gugur dalam kuantiti yang banyak melebihi 50 hingga 100 helai sehari, bermakna anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius.

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keguguran rambut antaranya pengaruh hormon, kekurangan vitamin, kerap menggunakan produk rambut yang mengandungi bahan kimia dan banyak lagi. Jom baca info selanjutnya:

1. Hormon

Hormon seks wanita mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebat. Wanita turut menghasilkan hormon androgen dalam kuantiti yang sedikit namun ia akan bertindak aktif jika seseorang itu berada dalam keadaan tertekan.

Ini menyebabkan rambut anda mudah gugur. Jadi, untuk melebatkan rambut, anda tidak boleh terlalu tertekan dan sentiasa bertenang dalam apa jua keadaan.

2. Produk

Rambut juga mudah gugur jika anda sering mewarnakan rambut atau selalu menukar gaya rambut lurus atau kerinting.

Apa yang perlu anda lakukan ialah memilih syampu yang boleh melindungi rambut daripada kerosakan. Jangan terlalu kerap mencuci rambut dan jarakkan penukaran warna dan stail rambut.

3. Kurang vitamin

Untuk mengelakkan rambut daripada gugur, pengamalan makanan berkhasiat seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berprotein tinggi seperti ikan sangat membantu anda mendapatkan rambut yang lebat.

Jika anda kurang gemar memakan makanan seperti ini, ambillah suplemen khas untuk rambut iaitu Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6, B12, A dan E.

Pakar kesihatan juga sering kali menyarankan setiap individu perlu mengamalkan gaya hidup seimbang terutama dari segi permakanan. Ini adalah kerana ia boleh menyebabkan keguguran rambut yang mana hampir 90% komponen penting rambut adalah protein.

Oleh itu, rambut anda memerlukan penjagaan yang baik, teratur dan menggunakan kaedah yang betul sekaligus memberi kesan yang memberansangkan supaya tiada lagi masalah keguguran.

Credit :www.wom.my
Terima Kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sihat.Cergas.Cantik.Ceria © | Template Designed By Blog Bingkisan Hati